Friday, December 16, 2011

SOAL JAWAB MUNAKAHAT; PERCERAIAN

Kekeliruan Tentang Lafaz Talak Ta’lik ; Bolehkah Ditarik Balik ?


SOALAN : Jika suami menyebut, “Kalau awak balik ke rumah mak awak, jatuh talak satu !”. Kemudian,  suami isteri tersebut telah berbaik semula dan suami menarik balik kata-katanya tadi. Keesokan harinya, mereka berdua telah balik ke rumah orang tua isterinya itu. Persoalannya, adakah jatuh talak satu sedangkan suami telah menarik balik kata-katanya dan isterinya balik ke rumah orang tuanya dengan kebenaran suami ? Adakah jatuh talak sekiranya suami tiada niat menceraikan isterinya, tetapi hanya berniat sebagai ugutan sahaja ?

JAWAPAN : Jumhur ulama’ bersepakat bahawa lafaz talak ta’lik tidak boleh ditarik balik dan tidak boleh dibatalkan apabila telah diucapkan. Sekiranya lafaz talak adalah jelas, maka talak akan jatuh walaupun suami tiada niat untuk menceraikan isterinya.  Walaubagaimanapun, pasangan tersebut hendaklah segera membuat pengesahan lafaz cerai taklik di mahkamah syariah untuk mendapatkan kepastian. Wallahua’lam. 


1 comment:

Anonymous said...

Assalammualaikum..saya inggin bertanya..jika si suami berkata jika engkau pulang kerumah mak jatuh talak berkali2 (4kali) sebelum si isteri pergi ke hospital untuk mendapat rawatan pergi bersama adiknya dan selepas pulang dr mendapat rawatan si isteri pulang juga kerumah maknya kerana hari sudah malam dan dlam keadaan sakit..keadaan si suami masa itu dalam keadaan tidak sedarkn diri dan emosi tidak terkawal..adakah talak jatuh berganda...

Harap di beri penjelasan...